Ads 468x60px

Saturday, June 16

Aisya Sofea - Sehangat Asmara

FOR RENT ONLY

Status : Available


Sinopsis:

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.


Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.


Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

Thursday, June 14

Zaifuzaman Ahmad - Dendam Semalam

FOR SALE / RENT 

 Status : Available
Condition : 9/10
Price : RM 10 (Include Postage)
Sinopsis:

Fakar sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri. Semakin hari sifat tamaknya kian meracuni fikiran sehingga terjadinya pakatan membunuh Hartina, isterinya sendiri. Ternyata kerana wang, manusia sanggup butakan mata hati dan hilang pertimbangan diri.

Pembunuhan Hartina diharapkan bakal mengakhiri segalanya. Namun, siapa menyangka... roh Hartina mula mengganggu. Kehidupan Fakar dan teman wanitanya, Dahlia tidak pernah aman. Hari-hari yang dilalui mereka penuh dengan keperitan.


Bagi Hartina, kezaliman perlu dibayar dengan kezaliman. Meski diusir, namun dia tetap 'hadir' dalam kehidupan Fakar seperti sediakala. Amarahnya tidak pernah sudah selagi Fakar dan teman wanitanya tidak dihapuskan. Ibarat api membakar sekam, dendam itu tak mungkin berakhir malah kian hangat membahang diri.


Namun, terubatkah kecewa Hartina.... terleraikah dendamnya setelah segala rahsia terbongkar? Dan siapakah Hartina sebenarnya? DENDAM SEMALAM... penuh saspens dan mendebarkan!

Fauziah Ashari - Setia Menanti

FOR RENT ONLY

Status : Available


Sinopsis:

 "I datang sini dengan keizinan suami I dan I tak mahu robohkan kepercayaan dia. Hidup kita tetap bermakna walaupun yang dicinta tidak bersama kita. Semua ada rahsia tersirat. Semuanya ada sebab pada setiap kejadian. Semuanya ada hikmah apabila Allah beri kita ujian. I isteri orang, jangan ditunggu dan diharap" - Adrina

Terasa dirinya dayus jika melupakan terus deringan itu sebaik nama 'Zul' terpampang di situ. Jelas air mukanya juga dalam keadaan marah. Dia tidak peduli pada titisan air mata Adrina. Sebaliknya tersenyum sinis. - Akid Ajmal

Dia memandang sepi sisinya yang kosong. Dia meraba pembaringan yang sepatutnya milik Akid Ajmal. Dia redha. Dia pasrah tapi tidak dinafikan dirinya parah saat ini. Tidurnya jarang lena lagi sejak peristiwa malang itu. Sesekali igauan-igauan buruk akan muncul menghantui dirinya tetapi dia bersyukur tidak terlalu paranoid. Mungkin kerana dia pengsan ketika pengkhianat durjana itu menjajah tubuhnya. -Nur Fatihah Nabila

" Pada I mencintai seseorang itu adalah dengan memiliki untuk bahagia atau melihat dia bahagia. Kalau perempuan itu amat mencintai kekasihnya, mengapa pula I nak ganggu dia. Tapi, kalau I tahu dia tidak mencintai lelaki itu, pasti I akan rebut"- Zulfaris

Fauziah Ashari - Kan Kukejar Cinta Kamu


FOR RENT ONLY

Status : Available

Sinopsis:

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, " Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan)."

Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut, "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa." Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang, hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau, - Raiyan

"Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sngat bukan kesilapan." Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Delila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler.

Wednesday, June 13

Anis Ayuni - Gemersik Kalbu

FOR RENT ONLY

Status : Available

Sinopsis:

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?